EduSys

Satu tempat operasi untuk sekolah anda

Gantikan hamparan, borang kertas dan kumpulan mesej dengan satu sistem untuk murid, kehadiran, pentaksiran, PdP dan pentadbiran harian. Setiap fakta diisi sekali, dan borang rasmi sekolah sedia untuk dicetak.

  • Setiap sekolah ada subdomain, pangkalan data dan storan fail sendiri.
  • Staf log masuk dengan akaun Google sahaja.
  • Salinan disediakan mengikut susunan medan SSDM, APDM, iDME dan lain-lain. Staf yang memasukkannya.
Masalah

Urusan sekolah hari ini bertaburan di banyak tempat

Arahan tenggelam dalam kumpulan mesej

Borang, jadual dan peringatan dihantar dalam kumpulan mesej. Guru yang terlepas perlu bertanya semula.

Data yang sama diisi berulang kali

Senarai murid disalin ke fail kehadiran, markah dan SPBT. Setiap salinan berbeza sedikit, dan tiada siapa pasti yang mana terkini.

Laporan dan surat ditaip semula

Minit mesyuarat, surat lantikan dan laporan disusun semula setiap kali. Bila guru bertukar, failnya ikut hilang.

Cara ia berfungsi

Dari hari pertama hingga borang dicetak

  1. 1. Sekolah anda disediakan

    Setiap sekolah mendapat subdomain, pangkalan data dan storan fail sendiri. Kami bantu import senarai murid, staf dan jadual waktu sedia ada.

  2. 2. Staf log masuk dengan Google

    Tiada kata laluan baharu untuk diingat. Peranan setiap staf menentukan apa yang dilihat dan boleh diubah.

  3. 3. Isi sekali, guna di semua modul

    Kehadiran yang ditanda di telefon terus masuk ke laporan kelas dan modul lain. Tiada salinan kedua untuk dikemas kini.

  4. 4. Borang rasmi sedia untuk dicetak

    Surat, minit dan laporan dijana daripada data yang sama. Salinan untuk SSDM, APDM dan iDME disusun mengikut medan sistem itu; staf yang memasukkannya.

Modul

Satu sistem untuk setiap urusan sekolah

Modul berkongsi rekod yang sama. Data yang diisi dalam satu modul digunakan semula oleh modul lain.

Slaid 1 daripada 10: eRPH

Ikut peranan

Setiap staf nampak kerja mereka sendiri

Guru

Tanda kehadiran dari telefon, hantar eRPH, masukkan markah peperiksaan, dan lihat jadual waktu serta tugas ganti hari ini.

Guru ICT

Sediakan akaun staf dan peranan, import data murid dan jadual waktu, dan sediakan salinan untuk sistem KPM.

Penolong Kanan

Semak eRPH, agih jadual bertugas dan guru ganti, dan jana surat lantikan serta minit mesyuarat tanpa menaip semula nama.

Pengetua / Guru Besar

Lihat keadaan sekolah dalam satu tempat: kehadiran, penghantaran eRPH, tugasan dan dokumen yang menunggu pengesahan.

Harga

Bayar mengikut bilangan guru

Harga dikira bagi setiap guru setahun, mengikut jumlah murid sekolah. Sekolah yang lebih besar membayar kadar yang lebih rendah bagi setiap guru.

Jumlah muridHarga setiap guru, setahun
400 dan ke bawahRM100
401 – 800RM90
801 – 1,200RM80
1,201 – 1,999RM70
2,000 dan ke atasRM60

Anggar kos sekolah anda

30 guru × RM100 = RM3,000 setahun
Soalan lazim

Soalan yang sekolah tanya sebelum bermula

Berapakah harga EduSys?

Harga dikira bagi setiap guru setahun, dari RM60 hingga RM100 mengikut jumlah murid sekolah. Contoh: sekolah dengan 350 murid dan 30 guru membayar RM3,000 setahun. Lihat jadual harga.

Di manakah data sekolah kami disimpan?

Setiap sekolah mendapat subdomain, pangkalan data dan storan fail sendiri. Data satu sekolah tidak dikongsi dengan sekolah lain.

Bagaimana data sekolah kami dilindungi (PDPA)?

Setiap sekolah mendapat pangkalan data sendiri yang diasingkan sepenuhnya daripada sekolah lain. Data satu sekolah tidak boleh dibaca atau dicapai oleh sekolah lain. Staf log masuk dengan akaun Google, dan akses dalam sekolah dihadkan mengikut peranan.

Siapa yang boleh log masuk?

Staf sekolah sahaja, menggunakan akaun Google. Ibu bapa tidak log masuk; mereka hanya menjawab pautan sekali guna seperti kebenaran lawatan.

Adakah latihan disediakan?

Ya. Kami jalankan sesi latihan untuk pentadbir dan guru semasa permulaan, dan panduan ringkas tersedia dalam aplikasi.

Bolehkah kami pindahkan data sedia ada?

Boleh. Senarai murid, staf dan jadual waktu (termasuk fail aSc) boleh diimport semasa persediaan. Kami bantu semak data sebelum sekolah mula menggunakannya.

Adakah EduSys disambung terus ke SSDM atau APDM?

Tidak. EduSys menyediakan salinan mengikut susunan medan sistem KPM; staf memasukkannya dan menanda langkah itu selesai.

Bagaimana jika kami perlukan bantuan?

E-mel pasukan sokongan kami di support@teachertools.my.